Majlis Pengawasan Syariah Etiqa Takaful

Wednesday, July 31, 2013

Takaful bukan pelaburan?


Industri takaful di Malaysia berkembang secara progresif sejak ditubuhkan lebih dua dekad lalu. Pertumbuhan industri takaful Malaysia digalakkan secara menyeluruh melalui pendekatan pragmatik dalam membangunkan industri kewangan Islam. Menurut Bank Negara Malaysia, industri takaful mengalami pertumbuhan purata 27 peratus dari segi caruman bersih antara 2005 dan 2010 dengan segmen takaful keluarga memacu pertumbuhan pada kadar 28 peratus bagi tempoh sama. Ia sekali gus menguasai lebih 80 peratus jumlah pasaran takaful pada 2010.

Hari ini, Malaysia memiliki pasaran kedua terbesar takaful di dunia dengan jumlah aset bernilai RM9.6 bilion (AS$3.2 bilion), menguasai 26 peratus daripada jumlah aset takaful global pada tahun 2009. Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Shanty Nur Shaffizan Shafee dengan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Wealth Advisor, Tan Beng Wah yang mengulas lebih lanjut industri takaful Malaysia.



BAGAIMANA situasi pertumbuhan instrumen takaful di Malaysia ketika ini?

Industri takaful Malaysia memberi peluang pertumbuhan luas dengan melihat kepada permintaan tinggi kepada produk berkaitan pelaburan. Selain itu, ia disokong peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita serta kapasiti pengguna Melayu yang tidak tinggi memiliki perkhidmatan perlindungan insurans.

Bukan itu saja, kadar penembusan segmen perkhidmatan takaful yang tertentu di pasaran masih rendah terutama takaful perubatan dan kesihatan yang hanya menyumbang sembilan peratus daripada perniagaan baru dalam takaful keluarga pada 2010. Ini sekali gus memberikan potensi besar pertumbuhan industri ini.

Malaysia juga dilihat memberi sokongan kuat kepada industri dengan insentif cukai yang ditawarkan kerajaan. Selain itu, transformasi Malaysia dari negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi membuka peluang pertumbuhan berterusan kerana industri takaful dapat mengambil kesempatan daripada pelanggan berkemampuan dengan meluaskan perkhidmatan mereka seperti menawarkan produk lebih canggih berkaitan pengurusan pelaburan dan kekayaan.

Apa yang menarik, produk takaful ditawarkan kepada kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam, pada masa sama mengekalkan pematuhan syariah dalam operasi perniagaan.

Apakah nilai utama pada instrumen takaful?

Takaful dicipta berdasarkan konsep perpaduan sosial, kerjasama dan rugi bersama. Ia satu pakatan di kalangan sekumpulan orang yang bersetuju bersama menanggung rugi atau kerosakan yang mungkin menimpa mereka.

Konsep ini penting kerana tujuan utama takaful bukanlah perlindungan semata-mata. Ini kerana dalam Islam, tujuan pelaburan di takaful bagi membantu sesama manusia terutama dari golongan dermawan.

Perlu diingatkan, takaful bukan alat pelaburan yang didorong oleh kerana ia tidak bersandarkan kepada keuntungan. Namun, industri takaful memperlihatkan potensi tinggi seperti pengembangan kukuh dengan kadar pertumbuhan tahunan, jumlah aset dan sumbangan purata antara 20 peratus dan 26 peratus sepanjang tempoh 2004 hingga 2009.

Apakah salah tanggapan umum berkaitan takaful?

Terdapat tiga salah faham utama mengenai takaful. Pertama banyak syarikat insurans menjadikan takaful satu bentuk insurans. Akibatnya, apabila ada syarikat insurans membangunkan produk takaful, mereka mengambil pendekatan konvensional yang tidak merangkumi prinsip syariah.

Ini bermaksud, mereka membangunkan produk takaful, namun struktur itu tidak konsisten dengan konsep takaful itu sendiri. Produk takaful tidak harus dianggap alat pelaburan yang digunakan untuk menjana lebih wang kepada penyimpan. Pengendali takaful seharusnya mereka produk sesuai dengan keperluan masyarakat untuk memenuhi tujuan takaful itu sendiri.

Keduanya, masyarakat tersalah tafsir dengan menjadikan takaful sebagai satu bentuk perlindungan. Perlu ada kesedaran awam bahawa takaful pada dasarnya suatu jalan untuk umat Islam membantu orang lain dalam masyarakat. Ini bermakna sebagai instrumen perlindungan sebahagian dari kewajipan seorang Muslim untuk mengadakan peruntukan takaful bagi keluarga dan masyarakat.

Ketiga, salah faham antara pengendali takaful konvensional yang mereka produk takaful dengan meniru produk insuran konvensional. Pengendali takaful sebaliknya perlu melihat dari konsep produk asas dan mewujudkan instrumen yang sesuai dalam keperluan prinsip syariah.

Credit: Harian Metro 22 April 2012

Tuesday, July 30, 2013

Etiqa Memperkenalkan...Produk Baru - Mabrur



Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda
Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.


Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda
Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.

Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.


Manfaat Utama
  • Mula tambahkan simpanan anda

  • Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.
    Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi. 

  • Manfaat Matang
Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta

Perlindungan Komprehensif
  • Manfaat Kematian

  • Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

  • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

  • Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.

  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

  • Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

  • Manfaat Badal Haji

  • Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

  • Elaun Haji dan Umrah*

  • Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

  • Manfaat Ihsar*

  • Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

  • Elaun Penjagaan Anak*

  • Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

    * Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibaya.
     

Thursday, July 26, 2012

Thursday, September 8, 2011

Anak-anak Perlu Dididik Tentang Wang

Anda perlulah mendedahkan kepada anak-anak tentang pengurusan kewangan bermula daripada sekarang. Ini dapat membantu mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan anda. Dengan harga barang runcit yang semakin meningkat, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada semua ahli keluarga dan tidak terkecuali juga daripada anak-anak. Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya,”Perlukah anak-anak diberi pendidikan tentang wang?”

1. Untuk menerapkan nilai dan asas yang kukuh pada anak-anak.

Mahu atau tidak, anda perlu mengakui bahawa pengurusan kewangan adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini yang semuanya memerlukan duit. Malangnya, ramai ibubapa yang gagal mendidik anak-anak mereka mengenai asas-asas pengurusan kewangan. Ini perlu diubah kerana mendidik anak-anak mengenai wang adalah sama pentingnya dengan mengajar anak mengenai perkara-perkara asas lain seperti memberus gigi, mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Pengajaran yang paling penting untuk disampaikan kepada anak-anak ialah kepentingan menabung dan mengelakkan pembaziran. Ini perlu dilaksanakan demi kebaikan anda dan anak-anak anda.

2. Duit tidak turun dari langit.

Mungkin ada anak-anak pada zaman sekarang tidak menganggap bahawa mendapatkan duit itu satu perkara yang sukar. Semuanya dianggap mudah belaka oleh mereka. Cubalah bayangkan senario yang benar-benar berlaku ini – seorang anak kecil meminta ibunya membelikannya mainan baru tapi ibunya tidak mempunyai duit yang mencukupi dalam dompetnya untuk membelikan mainan ntersebut, lalu dia berkata “Mak tidak cukup duit nak belikan adik mainan ni”.

Si anak pula dengan lurusnya menjawab “ATM ka nada. Mak keluarkan sahajalah duit daripada mesin ATM tu”. Inilah fikiran kanak-kanak zaman sekarang! Menakutkan bukan? Bagi mereka, wang yang dikeluarkan mesin ATM itu tidak ada kesudahannya, dan anda boleh ke mesin ATM pada bila-bila masa sahaja untuk mengeluarkan seberapa banyak wang yang anda mahu.

Kanak-kanak akan melalui satu peringkat dalam hidup mereka yang menyebabkan mereka ingin memiliki pelbagai jenis benda. Mereka mahukan itu, mahukan ini dan macam-macam lagi. Mereka tidak sedar bahawa untuk mendapatkan wang, anda sebagai ibu bapa perlu bekerja keras. Tidak semua yang dihajatkan boleh menjadi milik mereka. Apabila anak-anak sudah sampai keperingkat ini, sudah tiba masanya untuk anda memberikan mereka pendedahan mengenai pengurusan kewangan.

3. Mendisiplinkan anak anda mengenai wang.

Salah satu pengajaran yang paling penting dalam usaha anda mendidik anak-anak mengenai pengurusan kewangan ialah anak-anak perlu mengetahui bahawa mereka perlu mempunyai disiplin dalan berbelanja dan menguruskan wang. Ramai ibu bapa yang mungkin menggelengkan kepala dan mengeluh sambil berkata, “Kanak-kanak sekarang bukan macam dulu. Bukan mudah untuk mengajar mereka supaya berdisiplin”. Anda boleh berbahas mengenai isu disiplin ini. Namun apa yang pasti ialah disiplin itu satu keperluan. Anak-anak perlu mempunyai disiplin, sama ada dalam konteks menyimpan wang dalam akaun simpanan mahupun sekadar dalam tabung di rumah. Apabila anak-anak mengenali perbezaan antara keperluan dan kehendak serta perlunya menabung, mereka akan mempunyai disiplin untuk menabung dan mengawal diri daripada membazir. Mereka juga akan berusaha gigih untuk berbelanja mengikut kemampuan diri.

4. Untuk mengelakkan anak anda daripada menjadi generasi hutang (generation debt)

Ramai anak-anak yang masih menuntut di universiti sudah pun mempunyai hutang yang perlu mula dibayar apabila tamat pengajian. Contohnya pinjaman pelajaran atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Apa yang dikhuatiri ialah apabila memasuki alam pekerjaan, bukan saja pinjaman pelajaran yang perlu dibayar, tetapi ditambah pula dengan hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya. Jika hutang ini tidak dikawal, mereka mungkin akan dibelenggu hutang untuk tempoh yang lama. Keadaan ini mungkin akan melarat sehingga mereka sudah berkeluarga. Oleh itu, bagi mengelakkan anak-anak anda daripada ditimpa masalah seperti ini, anda perlu membimbing mereka mengenai perancangan kewangan sejak daripada awal lagi. - CRYSTAL WORLD CONSULTANCY 2011

Sunday, June 26, 2011

Etiqa Mempersilakan...

Promo Etiqa @ Karnival Jom Heboh, Kota Kinabalu, Sabah.